SEJARAH PENUBUHAN

Matlamat Penubuhan 
Pasukan Kadet Polis Malaysia
 

"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and  healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new  breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."    
 Mantan Ketua Polis Negara, Allahyarham Tan Sri Dato' Mahamad Salleh bin Ismail , 
2hb Mac 1970

Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:
1. Pegawai Kanan PKP
2. Pegawai Pangkat Rendah PKP
3. Anggota PKP

Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada:
1. PKP Lelaki
2. PKP Wanita
Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih dikalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan).
 
PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an.
 
Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: 
Mesra, Cepat dan Betul.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.

TERIMA KASIH :D